Selepas koleksi khas kolaborasi Vans dan Mickey Mouse bersempena ulang tahun ke-90 dilancarkan bulan lalu, Vans tampil dengan koleksi baharu bersama Mickey Mouse iaitu Holiday 2018. Rekaan terbaharu ini bersempena untuk meraikan bagaimana Mickey Mouse berkembang selama beberapa dekad.
Menariknya koleksi khas ini menggunakan model Vans Authentic berwarna putih yang dihiasi dengan cetakan lukisan Mickey Mouse yang berbeza. Malah, dibahagian tapak kasut terdapat logo eksklusif Disney x Vans.
Selain kasut, koleksi ini juga didatangkan dengan baju berlengan panjang dan topi. Bagi kedua-dua koleksi ini, ia menonjolkan memori paling diingati dari 90 tahun sejarah Mickey Mouse. Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi Vans x Mickey Mouse ini, anda boleh dapatkan di laman web Vans mulai jumaat ini dan di butik Vans Malaysia terpilih.