Anda mempunyai rekaan kasut yang tersangat rare dan kreatif tetapi tidak ada saluran untuk mengetengahkan bakat yang ada? Ini peluang anda untuk menyinar kerana Vans baharu sahaja melancarkan pertandingan Global Custom Culture untuk mencari rekaan kasut terbaik dari seluruh dunia.
Lebih menarik apabila setiap pemenang hadiah utama dari setiap kawasan (Benua Amerika, Eropah & Asia) akan memenangi hadiah berjumlah USD25,000 (~RM104,337), rekaan kasut berkenaan dihasilkan dan dijual di butik Vans seluruh dunia, peluang untuk melawat Vans HQ serta USD100,000 (~RM417,000) untuk disumbangkan ke badan amal pilihan mereka!
Pertandingan ini merupakan inisiatif Vans untuk membantu artis dari serata dunia meluahkan kreativiti mereka di atas kanvas dan medium yang disediakan oleh Vans. “Matlamat kami untuk Vans Global Custom Culuture ini adalah untuk menyediakan satu platform untuk semua mampu akses. Tiada halangan untuk kreativiti dan diharap dengan platform ini, kami berharap ianya dapat membantu insan seni di luar sana,” kata April Vitkus, Vans Senior Director.
Malaysia tersenarai di dalam region Asia bersama negara-negara Asia yang lain seperti Jepun, Indonesia Taiwan dan China. Jadi bagaimana untuk anda menyertai pertandingan ini?
Bermula dari 5 hingga 29 September 2019, anda boleh ke vans.com/customculture untuk menyertai pertandingan ini. Anda perlu muat turun dahulu kertas stensil dengan gambar kasut dan lukis mengikut kreativiti anda. Selepas ini, anda hanya perlu rakam semula gambar tersebut dan lihat rekaan anda ‘hidup’ secara 3D! Cool bukan?
Pada 1 hingga 13 October 2019 pula, para peminat akan memainkan peranan untuk mengundi rekaan kegemaran mereka dan 10 rekaan daripada setiap region akan dipilih. Selepas 10 rekaan tersebut dipilih, 10 artis ini akan diberikan sepasang kasut model Era untuk melukis rekaan mereka pada kasut tersebut.
10 rekaan tersebut akan diumumkan secara rasmi pada 5 Disember 2019 atas talian dan undian akan dibuka pada tarikh tersebut.
Wakil daripada pasukan design and marketing Vans akan memilih seorang pemenang keseluruhan daripada setiap region untuk menang hadiah wang tunai USD25,000, kasut mereka dihasilkan dan dijual oleh Vans, diterbangkan ke Vans HQ untuk bertemu orang penting di sebalik Vans dan bertemu Steve Van Doren dan ramai lagi. Tidak lupa, mereka akan menerima wang tunai USD100,000 untuk didermakan kepada badan amal yang mereka pilih.
Jadi tunggu apa lagi? Jangan persiakan bakat seni yang ada dalam diri anda dan sertai pertandingan Global Custom Culture ini! Untuk maklumat lanjut sila ke laman vans.com/customculture.
Sebelum itu, ini beberapa artis tempatan yang berjaya mencuri perhatian umum menerusi pertandingan rekaan custom oleh Vans. Salute!
Bagaimana Vans Bantu Pelukis Dari Kuala Pilah Ini Tempa Nama Di Peringkat Antarabangsa
Bagaimana Rekaan Kasut ‘Vans’ Gadis Ini Berjaya Menambat Hati Netizen