Jika dilihat kira-kira setahun yang lalu, Vans pernah mengeluarkan model kasut khas buat pasaran Jepun bercorak motif daripada negara tersebut. Bersempena dengan tahun ini, nampaknya Vans bakal mengeluarkan koleksi ‘Japan Fabrics’ dengan corak berbeza.
Koleksi ‘Japan Fabrics’ merupakan sebuah koleksi yang dihasilkan untuk menyerlahkan seni tradisional Jepun dengan gaya trademark Vans. Vans menghasilkan tiga kasut Vans yang diperbuat dengan menggunakan pembuatan tekstil klasik dan karya seni yang sama.
Antaranya adalah corak ‘Ichimatsu’ yang diinspirasikan daripada corak kimono serta dipadankan dengan corak trademark Vans iaitu corak checkerboard. Sementara itu, corak yang berikutnya adalah ‘Rangiku’ yang dihasilkan dengan warna indigo. Model Slip-On pada koleksi ini pula dihasilkan dengan corak ikan emas yang dinamakan sebagai ‘Kingyo’.
Koleksi ‘Japan Fabrics’ daripada Vans nampaknya cuma ditawarkan di Jepun dan tersedia di beberapa butik seperti ABC-MART.