Sebenarnya tiada siapa pun yang menyangka akan ada filem spin-off untuk Spider-Man dan tiada siapa pun sangka yang Venom akan ada filemnya yang tersendiri. Lebih mengejutkan, Tom Hardy dikatakan telah bersetuju untuk memegang watak Venom.
Bagi yang sudah biasa dengan filem superhero, pasti kenal Tom Hardy menerusi watak beliau sebagai Bane dalam filem The Dark Knight Rises. Tetapi itu tidak menjadi faktor untuk tidak memilih Tom Hardy kerana sepanjang dalam filem Dark Knight Rises, beliau memakai topeng dan rasanya tidak mempunyai masalah untuk Tom Hardy memegang watak yang lain.
Tom bukan yang pertama melompat dari DC ke Marvel. Ryan Reynolds, Chris Evans dan Ben Affleck pun pernah. Jadi ini perkara biasa bagi aktor Hollywood untuk melompat dari satu franchise ke franchise yang lain. Lainlah kalau dapat kontrak eksklusif seperti Robert Downey Jr. Tiada orang yang lebih layak untuk jadi Tony Stark selain Robert.
Kembali ke filem Venom ini, filem ini kemungkinan besar akan diarahkan oleh Ruben Fleischer, pengarah yang sama disebalik filem Zombieland. Sony Pictures tidak mahu peram lama filem ini. Ianya dijangka akan berada di pawagam pada bukan October 2018; setahun dari sekarang.
Dengan Spider-Man: Homecoming keluar tahun ini, ianya perkembangan yang baik untuk mula highlight musuh Spider-Man yang awesome ini. Harap-harap bolehlah lihat Tom Holland Vs Tom Hardy; walaupun mungkin agak sukar kerana Spider-Man: Homecoming diarahkan Marvel Studios dan Venom pula Sony Pictures. Harap-harap adalah special deal antara kedua-dua studio ini untuk jadikan kolaborasi ini kenyataan.