Salah satu kelab gergasi di Jerman, VfL Wolfsburg menyambar bakat muda dari Malaysia iaitu Qaseh Rania Khairul Najib dan pemain itu bakal memperkuatkan pasukan belia kelab berkenaan.
Menurut laporan Sinar Harian, selepas menjalani sesi ujian selama lima minggu, staf kejurulatihan Wolfsburg berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh Rania sekaligus memberikan tempat kepada pemain itu dalam skuad belia.
Baca Juga:
- Ini Gaji Park Hang-seo Ketika Kendalikan Vietnam
- Hamidin Sifatkan Kim Pan-gon Seperti Orang Gila Talak
- Nilai Pasaran Pemain Warisan Indonesia Lebih Tinggi Daripada Keseluruhan Skuad Malaysia
“Lebih membanggakan dia dapat masuk untuk dua pasukan iaitu bawah 15 tahun (B-15) dan bawah 17 tahun (B-17). Dia satu-satunya pemain yang berusia 14 tahun beraksi dalam pasukan B-17.
“Dia juga diberikan kepercayaan untuk bermain dalam beberapa perlawanan persahabatan di sana,” katanya.
Tambah Khairul Najib, beliau sedang menyelesaikan segala urusan berkaitan visa dan permit bagi membolehkan Rania beraksi secara kompetitif.
Qaseh Rania sebelum ini menyinar ketika beraksi dalam saingan FAS Women’s League tahun lalu malah beliau juga pernah memperkuatkan pasukan wanita Selangor.
Rania juga pernah diangkat sebagai pemain muda terbaik dalam Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) itu.
Pasukan wanita VfL Wolfsburg merupakan salah satu pasukan terbaik di Jerman dan juga Eropah dimana mereka pernah memenangu liga domestik dan juga Liga Juara-Juara Wanita pada 2013 dan 2014.