Cristiano Ronaldo kembali menjadi bualan peminat bola sepak dari seluruh dunia selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil kerana didakwa menyiku pemain Al Hilal ketika aksi separuh akhir Piala Super Saudi awal pagi tadi.

Situasi tersebut berlaku pada minit ke 86 ketika pasukannya, Al Nassr ketinggalan 0-2 dan Ronaldo bergegas mengambil bola untuk meneruskan permainan namun pemain lawan bertindak menghalangnya.

Baca Juga:

Ianya menyebabkan Ronaldo hilang sabar lalu menyiku pemain Al Hilal sekaligus menimbulkan kekecohan dan pergaduhan.

Malah, bekas pemain Manchester United itu nyaris menumbuk pengadil selepas dilayangkan kad merah dan Al Nassr terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain.

Video rakaman aksi itu tular di media sosial dan para peminat menyifatkan Ronaldo sebagai pemain yang paling angkuh di dunia.

Sebelum ini, Ronaldo dikecam hebat gara-gara kerana membuat isyarat lucah ketika membantu pasukannya, Al Nassr mencatat kemenangan 3-2 ke atas Al Shabab ketika aksi Liga Pro Saudi bulan lepas.

Perlawanan itu berakhir dengan keputusan 2-1 dan kemenangan berpihak kepada Al Hilal yang mara ke final bertemu Al Ittihad pada hari jumaat ini.

Sebelum itu, Al Hilal mendahului 2-0 hasil jaringan Salem Aldawsari pada minit ke 61 dan Malcom pada minit ke 71.

Sadio Mane turut mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke 90+9 namun ia sudah terlambat untuk membantu Al Nassr menyamakan kedudukan.