Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo kini dikecam hebat gara-gara kerana membuat isyarat lucah ketika membantu pasukannya, Al Nassr mencatat kemenangan 3-2 ke atas Al Shabab dalam aksi Liga Pro Saudi.
Penyerang Portugal itu membuka jaringan pada minit ke-21 menerusi sepakan penalti tetapi Al-Nassr diselamatkan oleh dua gol pemain Brazil, Talisca untuk kemenangan ketika permainan berbaki empat minit.
Baca Juga:
- Ini Reaksi Ronaldo Lihat The Undertaker Julang Trofi Di Hadapannya
- Kelab Ronaldo Berpesta Gol Belasah Kelab Messi 6-0
- Cristiano Ronaldo Disaman RM6.4 Bilion Gara-Gara Promosi NFT Daripada Binance
Malah satu video tular di media sosial memperlihatkan Ronaldo cuba menahan kemarahannya ketika penyokong Al Shabab mengejek dengan melaungkan nama “Messi”.
Al Shabab fans again chanted โMessi, Messiโ in front of Cristiano Ronaldo today.
Itโs crazy that Messi hasnโt even ever played for the Saudi Pro League but still gets more shouts and chants than Cristiano Ronaldo. ๐ญpic.twitter.com/JcJbuiGZ4i
— LMยนโฐ ๐ฆ๐ท (fan) (@idolmessi30) February 26, 2024
Bekas pemain Manchester United itu turut dirakam melakukan isyarat lucah ke arah penyokong Al Shabab sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan.
Insiden berkenaan tidak dipaparkan pada kamera televisyen ketika perlawanan berlangsung, tetapi sebahagian pengulas sukan Arab Saudi mahu Ronaldo digantung.
Liverpool's u21s to Chelsea's ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ"Blue Billion pound bottlejobs" ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ but The rivalry between Ronaldo and Messi Saudi fans isn't getting enough coverage ๐๐๐๐ brother's rattled pic.twitter.com/j0Z1XWbXcu
— El Puto Jefe๐ฅ (@Berto_el_ndouzi) February 25, 2024
Media Saudi, Asharq al-Awsat melaporkan, Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF) sudah membuka kertas siasatan untuk menyiasat insiden tersebut.
“Jawatankuasa disiplin akan berdepan ujian paling besar. Kita tunggu dan lihat. Semua perkara ada hadnya, tidak kira betapa terkenalnya anda,” kata wartawan Waleed Al Farraj.
Ronaldo sebelum ini pernah melakukan isyarat lucah ketika menuju ke bilik persalinan selepas pasukannya tewas 2-0 kepada Al-Hilal pada April tahun lepas.
Awal bulan ini, dia mengambil skaf Al-Hilal yang dilemparkan ke arahnya dan memasukkannya ke dalam seluar sebelum melemparkannya semula.
Ronaldo kini mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Pro Saudi dengan 22 gol dalam 20 penampilan.