Beberapa hari ini, tular sebuah video yang memperlihatkan kisah seorang lelaki OKU yang cukup menyayat hati masyarakat dan ramai individu berbesar hati mahu memberi bantuan.

Disangka hidup dalam keadaan daif serta keseorangan tanpa diberi perhatian, rupanya terdapat ‘plot twist’ yang akhirnya dikongsikan oleh penduduk kampung setempat dalam menerangkan  situasi sebenar lelaki berkenaan.

Menurut individu yang merakam video mengenai lelaki itu, Jefree sebenarnya masih mempunyai adik beradik yang sedia membantu menjalani kehidupan seharian disamping menerima bantun dari warga setempat.

“ Seluruh kampung Jafree sebenarnya telah lama berusaha membantunya. Dahulu, dia pernah melalui jalan yang salah, tetapi mereka tetap menyokongnya.

“Terdapat sedikit salah faham semasa rakaman video dijalankan. Jafree masih mempunyai adik beradik yang menjaganya dan menyokongnya untuk terus menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Walaupun ibu bapanya telah meninggal dunia, ia bukan disebabkan kebakaran. Adik beradiknya sangat baik kepadanya, namun Jafree masih dalam proses untuk pulih secara mental daripada tempoh sukar.”

Video OKU Tular, Ini Cerita Sebenar Daripada Penduduk Kampung
Sumber Gambar: IG Storiemy

Sebelum ini, yang dimuat naik oleh storiemy_ menunjukkan lelaki dikenali sebagai Jefree yang kehilangan kaki kiri itu bergelut ketika mahu membeli makanan dalam keadaan hujan itu telah meraih simpati orang ramai.

Sehinggakan ada yang sudi memberi sumbangan kaki palsu bagi memudahkan dia bergerak di dalam urusan seharian.