Baru-baru ini tular sebuah klip pendek di laman X memaparkan pasangan dari Amerika iaitu Christianna Hurt bersama teman lelakinya yang merupakan penyanyi rap ‘OnPointLikeOp’ sedang berkelah.

Menjadi tumpuan ramai kerana mereka berkelah di udara dimana duduk di atas kerusi dan meja digantung untuk nikmati keindahan air terjun di Cascata da Sepultura.

Baca Juga:

Menerusi laporan, keseluruhan pengalaman yang unik itu berharga $450 (~RM2,089) untuk 15 minit sahaja. Harga tersebut sudah termasuk dengan gambar dan video dari dron.

“Ia hanya kira-kira 15 minit. Pengalaman lebih kepada pemandangan, bukan makanan,” kata Christianna

Pastinya pengalaman unik yang disediakan agensi pelancongan Brazil ini akan memberikan pelancong satu pengalaman bermakna kerana dapat merasai sesi perkelahan tergantung di atas Cascata da Sepultura, di Rio Grande do Sul.