Kisah anak kelahiran Subang, Sabrina Azhar yang kini menetap di Korea Selatan dipaparkan oleh media antarabangsa BBC tidak disambut dengan baik oleh netizen Malaysia.

Dalam video berdurasi pendek itu, Sabrina dilihat memperkenalkan dirinya dan berselang seli dengan klip kehidupan beliau di Korea Selatan serta video pendek tarian k-pop.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Tujuan video itu dibuat adalah untuk memaparkan realiti sebenarnya dunia tarian k-pop yang datang dari pelbagai sudut pegangan dan budaya. Ia juga mengetengah bagaimana k-pop kini menjadi cara hidup bagi sesetengah remaja.

Sabrina dalam video tersebut turut menyatakan bahawa dia memahami dunia batas-batas yang telah ditetapkan, namun baginya jika ia melakukan sesuatu perkara yang betul atau tidak melakukan kerosakan ke atas orang lain, jadi ia bukanlah suatu masalah.

Tidak dinafikan bahawa beliau turut menerima pelbagai komen yang mempersoalkan minatnya dalam tarian k-pop dan imejnya yang berhijab. Namun baginya hijab tidak sepatutnya menjadi batu penghalang untuknya mengekspreskan dirinya.

Bagaimanapun, sejak dimuat naik semalam. Video itu tidak diterima baik oleh netizen terutamanya di Malaysia. Sebahagiannya mengecam beliau dan ada juga yang mempersoal pandangan beliau.

https://twitter.com/chicdumpling/status/1524551596209995776

Walaupun ramai yang mengecam, bagi sesetengah rakyat Malaysia. Mereka bangga dan mempertahankan tindakan Sabrina.

https://twitter.com/coloredseung/status/1524626797584961536

https://twitter.com/l3monpeachtea/status/1524426535696236544

10 lagu ikonik k-pop yang pernah menghantui dan didengari rakyat Malaysia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

10 Lagu Ikonik K-Pop Yang Pernah ‘Menghantui’ Dan Didengari Rakyat Malaysia

‘Dark Side’ Industri K-Pop Dan Kerangkanya Yang Rosak

Bekas Bintang K-Pop, Tasha Low Kongsi ‘Hidden Side’ Jadi Bintang K-Pop