Slogan 100 peratus anak tempatan kini terpakai lagi pada skuad bola sepak Vietnam apabila mereka mula mengikut jejak langkah Malaysia dan Indonesia dengan mengambil pemain naturalisasi.
Laporan daripada Vn Express mengesahkan penjaring terbanyak Liga Vietnam, Rafaelson dari Brazil kini sudah menyelesaikan proses naturalisasi dan berstatus warganegara Vietnam secara rasmi.
Baca Juga:
- Endrick: Liga Vietnam Lebih Sukar Berbanding Liga Malaysia
- Ini Gaji Park Hang-seo Ketika Kendalikan Vietnam
- Tewas Kepada Vietnam, Corak Permainan Skuad B-23 Tahun Negara Terima Kritikan
Nama beliau didaftarkan sebagai Nguyen Xuan Son dan layak beraksi di Liga Vietnam sebagai pemain tempatan bersama kelabnya Nam Dinh FC.
“Saya sangat gembira hari ini. Impian saya untuk menjadi warganegara Vietnam telah menjadi kenyataan. Saya suka negara ini dan akan melakukan yang terbaik di atas padang,” kata Rafaelson.
🔥 NÓNG: Tiền đạo xuất sắc lịch sử V.League 'Rafaelson' chính thức có quốc tịch Việt Nam
✅ ĐK: https://t.co/ORVIYgU5sb
✅ Dự phòng 1: https://t.co/Mbz55Np9WQ
✅ Dự phòng 2: https://t.co/InL1qv7Do7
✅ Te le gram liên hệ:https://t.co/SUBRmvemF7 pic.twitter.com/CP2qefqLwT— 8xbet (@xoilactv8xbet) September 21, 2024
Rafaelson bakal dipanggil menyertai skuad kebangsaan Vietnam kendalian Kim Sang-sik dan dijangka beraksi dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric hujung tahun ini.
Penyerang yang berusia 27 tahun itu mula bermain di Vietnam pada awal 2020 untuk Nam Dinh, kemudian berpindah ke SHB Da Nang dan Binh Dinh sebelum kembali ke Nam Dinh.
Pada musim 2023-2024, karier Rafaelson memuncak, mencipta sejarah apabila muncul sebagai penjaring terbanyak dalam Liga Vietnam dengan 31 gol. Dia turut membantu Nam Dinh memenangi Liga Vietnam.
Sebelum ini, Rafaelson menyatakan beliau menganggap Vietnam sebagai rumah keduanya. Dia telah membawa isteri dan anak-anaknya ke Nam Dinh dan giat belajar bahasa Vietnam.
Sebelum ini ramai pemain import memiliki status warganegara Vietnam antaranya termasuk Fabio dos Santos (Phan Van Santos, Brazil), Kesley Alves (Huynh Kesley, Brazil), Samson Kayode Olaleye (Hoang Vu Samson, Nigeria) dan Gaston Merlo (Do Melo, Argentina).
Namun, tiada pemain asing tanpa darah Vietnam telah dipanggil untuk bermain untuk pasukan kebangsaan dalam kejohanan rasmi dalam sejarah bola sepak negara itu ketika dibawah kendalian Park Hang Seo.