Bekas pemain dan Pengarah Sukan Real Madrid, Predrag Mijatovic lantang menyuarakan pandangan agar kelab gergasi Sepanyol itu supaya mempertimbangkan untuk menjual Vinicius Junior pada jendela perpindahan musim panas ini.
Dalam masa sama, Mijatovic turut berpendapat bahawa sikap yang ditampilkan pemain berusia 25 tahun itu tidak sesuai dengan jersi Real Madrid.
Baca Juga:
- Minta Gaji Setara Mbappe, Real Madrid Dan Vinicius Masih Gagal Capai Kesepakatan Kontrak Baharu

- Vinicius Jr: Boikot Ballon d’Or 2024, Itu Arahan Real Madrid

- Vinicius Jr Raih Gelaran Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2024

Pemain sayap lincah kelahiran Brazil itu muncul dari bangku simpanan untuk menjaringkan satu gol dan melakukan satu bantuan jaringan ketika Real Madrid menundukkan Real Oviedo 3-0 hujung minggu lalu.
Walaupun membantu pasukan dalam meraih kemenangan, Mijatovic yang beraksi bersama Real Madrid selama tiga musim pada lewat tahun 90-an tetap mengkritik sikap Vinicius Junior ketika di atas padang.
Mijatovic Tak Minat Cara Vinicius Junior
“Persaingan antara Vini dan Rodrygo boleh jadi bagus, tetapi juga boleh menimbulkan masalah untuk jurulatih,” ujar beliau menurut sumber laporan Goal.
“Buat masa ini, Rodrygo ada di situ dan ia strategi yang baik untuk Xabi Alonso memastikan semua pemain kekal gembira dan bermotivasi.”
“Ada perkara yang tidak pernah berubah. Ia tak berbaloi. Bagi saya, perangai sebegini tidak sesuai dengan jersi Real Madrid.”
“Dia [Vinicius Junior] memerlukan motivasi dengan cara bertengkar dengan semua orang. Dia pemain yang hebat, tetapi kita kena nilai sama ada berbaloi dia kekal di sini atau tidak,” tambah Mijatovic lagi.