Vinicius Junior meluahkan keyakinannya menjelang aksi pembukaan Real Madrid dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2026/27 dan menegaskan gergasi Sepanyol itu sudah bersedia untuk kembali menakluki Eropah selepas dua musim gagal mencapai sasaran yang diharapkan.

Pemain Brazil itu mengakui bahawa kempen Liga Juara-Juara Eropah Real Madrid dalam tempoh dua musim terakhir tidak mencapai tahap yang diharapkan.

Berikutan keadaan tersebut, beliau percaya skuad kendalian Jose Mourinho itu memiliki segala yang diperlukan untuk mengubah kisah pada musim ini.

Vinicius Junior Yakin Real Madrid Mampu Muncul Juara UCL 2026/27
Kredit Foto: Thomas COEX / AFP

Vinicius Junior Yakin Real Madrid Mampu

“Semoga gelaran ke-16 akan hadir. Kami sudah bersedia untuknya. Ini adalah pertandingan kami. Kami tidak melakukannya dengan baik dalam tempoh dua tahun terakhir,” ujar Vinicius menurut sumber laporan beIN Sports.

“Musim ini akan berbeza daripada dua kempen Liga Juara-Juara terakhir dan kami akan memenanginya.”

Keyakinan Vinicius itu turut disokong oleh rekod cemerlangnya sendiri dalam pertandingan tersebut. Pemain Brazil itu sudah memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara Eropah bersama Real Madrid dan memainkan peranan penting dalam kedua-dua aksi final berkenaan.

Dia menjaringkan gol ketika menentang Liverpool dan kemudian menemui sasaran ketika berdepan Borussia Dortmund, dua detik yang disifatkannya sebagai paling penting dalam kariernya.

Vinicius Junior Yakin Real Madrid Mampu Muncul Juara UCL 2026/27
Kredit Foto: JORGE GUERRERO / AFP

“Dua gol itu merupakan gol paling penting dalam hidup saya. Ia sesuatu yang akan kekal dalam sejarah. Ramai pemain menjaringkan gol, tetapi hanya segelintir yang mampu melakukannya dalam aksi final,” tambah beliau.

Bagi Vinicius pencapaian tersebut ketika mewakili Real Madrid menjadikan kenangan itu lebih bermakna.

Kini, pemain sayap lincah itu mahu mencipta satu lagi bab dalam sejarah kelab di pentas Eropah dan tidak menyembunyikan sasarannya, iaitu menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah sekali lagi serta menghadiahkan Piala Eropah ke-16 kepada koleksi trofi Real Madrid.

 

Sumber