Usahawan fesyen, Datin Vivy Yusof telah mengumumkan untuk mengunci akaun Instagram selepas tular isu perniagaannya pada tahun lalu.

April lalu, beliau membuka sebuah akaun Instagram baharu terbuka untuk diikuti orang ramai.

Baca Juga:

Dalam masa sama Vivy telah kembali menulis blog, seperti mana beliau pernah lakukan 20 tahun lalu di Proudduck.

Cuma kali ini beliau menulis di sebuah laman khas buat penghasil konten menghasilkan bahan bacaan berlanggan.

Khas Buat Peminat, Vivy Yusof Buat 'Posting' Berlanggan USD5 Sebulan
Sumber Gambar: Sincerely, Vivy

“Saya sendiri tidak pasti bagaimana ingin menggambarkan tiga minggu yang lalu sejak pelancaran Sincerely, Vivy. Sambutan yang diterima sungguh luar biasa—dalam cara yang paling indah. Terima kasih kerana sudi mengikuti bab baharu dalam hidup saya ini, ke mana sahaja ia akan membawa saya.

“Namun, bersama kasih sayang itu datang juga kekalutan. Ribuan daripada anda menghantar mesej mengatakan tidak menerima emel saya (malah ada yang memarahi saya—sedihnya). Setelah banyak usaha menyelesaikan masalah ini, saya akhirnya memutuskan untuk berpindah ke platform yang lebih boleh dipercayai.

“Saya juga telah membuat keputusan untuk menjadikan Sincerely, Vivy sebagai langganan berbayar,” kata Vivy dalam satu penulisan terbaharunya.

Vivy Yusof tawar beberapa jenis langganan
Khas Buat Peminat, Vivy Yusof Buat 'Posting' Berlanggan USD5 Sebulan
Sumber Gambar: Sincerely Vivy

Sebagai seorang pembaca berbayar, individu itu boleh mengakses penuh ke seluruh arkib tulisan Vivy Yusof, posting baharu setiap hari Selasa, kod diskaun istimewa jenama kegemaran Vivy serta menjadi pembaca terawal untuk setiap penulisan terbaharu yang dihantar terus ke dalam kotak emel.

Bagi yang ingin melanggan, Vivy menawarkan dua pilihan langganan; USD5 (RM20.99) sebulan atau USD55 (RM230.92) setahun.

Pada masa sama, langgan itu juga boleh juga dijadikan ‘gift‘.

Menurut Vivy, langganan itu boleh dibatalkan bila-bila masa sahaja.