Kami diajak oleh rakan kami untuk mencuba masakan ayam kampung di sebuah restoran yang berhampiran dengan LRT Kerinchi dan Menara TM, Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

50

Dari segi luaran, kedai ini hanyalah seperti restoran biasa. Tempatnya agak tersorok, anda perlu keluar ke pintu utama LRT Kerinchi di perhentian bas, kemudian turun ke jambatan menyeberangi parit besar.
Restoran ini betul-betul berada di penghujung jambatan itu.

60

51

Nama kedai ini ialah Restoran Pak Abu Sup Ekor, jadi mestilah sup ekor yang jadi menu utama kedai ini bukan? Tapi, rakan kami tetap mengesyorkan untuk mencuba masakan ayam kampung.

52

Oklah, kami cuba juga.

Ayam kampung ini dimasak di dapur luar. Kami tanya tukang masak kedai itu tentang cara masak ayam kampung ini. Beliau berkata, ayam ini hanya dilumur dengan garam lepas itu digoreng dengan minyak yang banyak sahaja.

53

Dalam hati kami, “Apa barang lumur garam je, ingatkan ada rempah ratus dalam ayam tu”.

Kami cuba juga walaupun ada rasa sedikit kurang puas hati.

BACA: Vocket Makan… Restoran Lontong Klang di Shah Alam

54

Dalam kedai ini sebenarnya turut menyediakan lauk campur untuk masakan tengah hari dan untuk waktu malam lauk goreng-goreng disediakan. Kedai ini sentiasa dipenuhi oleh pekerja-pekerja dari pejabat berdekatan seperti dari Menara TM dan Plaza Pantai.

Nah ini dia lauk yang kami ambil.

56

55

Nasi putih, ayam kampung goreng dan kerabu mangga. Kerabu mangga ini sekali tengok memang dah menarik selera kami.

10

Anda boleh lihat dari segi luaran, ayam ini nampak kurang isinya. Setelah digoreng, warnanya menjadi sedikit keperang-perangan. Dalam pinggan ayam kampung goreng ini disediakan sekali pencicahnya iaitu sambal kicap dan perahan air asam. Ini juga turut menarik selera.

57

BACA: Vocket Makan… Sup Urat Keting Bandar Baru Bangi

59

Kami cuba rasa sedikit isi ayam ini. Ya, rasanya sedikit masin sebab dilumur dengan garam tapi isinya manis. Inilah dia kelebihan ayam kampung. Isinya padat, kental, manis serta berserat. Kami cicah pula dengan sambal kicap dan perahan asam jawa. Pedas! Sesuai untuk penggemar masakan pedas. Memang berpeluh lepas makan.

Kami nikmati ayam ini dengan nasi dan kerabu mangga. Mangga muda digunakan untuk masakan kerabu ini. Rasanya masam, memang sesuai dijadikan ulam.

58

Puas hati kami makan ayam kampung goreng di sini. Barulah kami faham kenapa ramai yang gemar makan di kedai Pak Abu ini.

Jikalau anda ingin mencuba masakan ayam kampung goreng di kedai Pak Abu ini, datanglah dalam waktu tengah hari. Jangan terlalu lewat pula sebab ayam kampung ini cepat habis!

BACA: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

Nama restoran : Restoran Pak Abu Sup Ekor
Alamat : Jalan 2/83a, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur‬. (waze)
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 10am -9pm

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram