Tak lengkap rasanya jika anda ke Pulau Pinang tetapi tidak ‘pekena’ nasi kandar.
Dalam Vocket Makan kali ini, Bella terjah salah satu Restoran Nasi Kandar yang tertua di Malaysia iaitu Restoran Nasi Kandar Hameediyah yang telah beroperasi selama 113 tahun!
Resipi turun temurun yang dipelihara sejak tahun 1900 ini bakal membuatkan anda tak keruan bila makan ‘one of the best’ dish iaitu Kari Kepala Ikan. Memang ‘ori’ punya rasa. Tak cukup dengan itu, Bella turun padang masak sendiri Kari Ayam dengan bos Restoran Hameediyah.
Tunggu apa lagi? Sempena cuti sekolah yang akan menjelma minggu hadapan, ini lokasi wajib singgah anda jika ke Pulau Pinang. Mai lekaih!