Siapa sahaja yang tidak tahu tentang Google? Rata-rata sebut sahaja Google, semua mesti tahu. Tapi ramai tak tahu tentang sebuah “cafe” di Google yang dinamakan Gerai Gugel.

Jadi kali ini Bella dijemput untuk ke Gerai Gugel untuk cuba apa yang “best” di sana. Tapi jangan ingat semua orang boleh pergi ke Gerai Gugel ini, hanya yang dijemput dan kakitangan Google sahaja yang layak masuk ke dalam Gerai Gugel ini.

Untuk pengetahuan semua, Google sangat pentingkan kesihatan. Jadi kebanyakan makanan di sini adalah makanan berkhasiat. Nak jajan dan snek kurang berkhasiat juga ada, tapi kene berpeluh sikit untuk cari sebab mereka simpan di kawasan tersorok.