Selepas koleksi bersama Herschel Supply mendapat sambutan yang hebat, Starbucks tidak tunggu lama untuk memperkenalkan pula koleksi kolaborasi terbaru mereka bersama satu lagi jenama besar, Undefeated.

Undefeated memilih warna hijau neon dan hitam untuk koleksi kolaborasi ini. Antara item menarik yang menjadi rebutan adalah tote bag, notebook dan juga topi. Item paling unik dalam koleksi ini pula pastinya apron yang jarang dihasilkan oleh Starbucks.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Special untuk anda, kita borong semua item dalam koleksi Starbucks x Undefeated untuk ‘review’ item mana paling best untuk dibeli dan berbaloi ada dalam koleksi anda. Jika anda sedang menonton video ini, kami yakin ada sebahagian item kolaborasi ini yang sudah pun ‘sold out’. Jom ‘check it out’!