Umat Islam di Malaysia sudah mula berpuasa pada Ahad 2 Mac, seperti yang diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu juga bakal disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun sebelumnya.
Berikut dikongsikan jadual waktu buka puasa dan imsak di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya bagi tahun 2025.
Jadual ini berdasarkan takwim waktu solat JAKIM.
Waktu Buka Puasa & Imsak Kuala Lumpur & Purajaya 2025 / 1446H3>
Waktu Buka Puasa & Imsak Selangor 2025 / 1446H
ZON 1 : Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Sepang & Hulu Langat
ZON 2 : Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor
ZON 3 : Daerah Klang dan Kuala Langat
Pada 20 Februari lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan menetapkan Jumaat bersamaan 29 Syaaban 1446 Hijrah untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa buat umat Islam di Malaysia.
Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan sudah diperkenankan untuk melihat anak bulan Ramadan pada petang hari berkenaan di 29 lokasi di seluruh negara antaranya:
Pontian Kecil, Johor, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka, Selangor: Bukit Jugra, Banting, Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.
Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia untuk waktu solat harian
Sebagai alternatif, anda juga boleh muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di App Store dan Google Play.
Dengan adanya aplikasi Waktu Solat Malaysia yang mudah untuk digunakan ini, umat Islam tidak perlu ragu dan bimbang mengenai jadual waktu solat bagi setiap lokasi di seluruh Malaysia selain waktu buka puasa.
Bukan sahaja dilengkapi dengan Al-Quran digital, aplikasi elegan ini juga antara aplikasi yang memudahkan umat Islam untuk mengetahui waktu solat, arah kiblat, surah dan banyak lagi.