McDonald’s Malaysia menyasarkan untuk membuka 750 restoran makanan segera di seluruh negara menjelang 2030 bagi mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada orang ramai, lapor Free Malaysia Today.

Pengarah urusannya, rakan operasi tempatan dan presiden Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia, Azmir Jaafar berkata pada masa ini, ia mempunyai 370 restoran di seluruh negara, dengan 32 restoran baharu dibuka tahun lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain memberi tumpuan kepada lokasi di bandar-bandar utama. McDonald’s turut mengintai peluang untuk membuka restoran di kawasan pinggir bandar atau luar bandar.

“Ini bagi menyediakan akses mudah kepada pelanggan kami dan peluang pekerjaan yang lebih luas untuk masyarakat setempat,” katanya semasa majlis perasmian pandu lalu McDonald’s di Rembau, yang dirasmikan oleh pengerusi jawatankuasa industri dan hal ehwal bukan Islam negeri, Teo Kok Seong, hari ini.

Azmir berkata ketika ini terdapat 20 restoran makanan segera McDonald’s di Negeri Sembilan, dan tahun ini, tiga lagi restoran dijangka dibuka di Gemas, Rasah dan Mambau untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Jelasnya, sebuah restoran McDonald’s menyediakan 50 hingga 100 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, tidak termasuk vendor atau kontraktor tempatan yang terlibat dalam pembinaan atau penyelenggaraan restoran itu.

Jelasnya, pembukaan restoran baharu juga secara langsung mewujudkan peluang kepada penduduk tempatan mempelajari kemahiran baharu, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Sumber