McDonald’s Malaysia didakwa telah mengenalpasti lebih 60 individu yang telah menyebarkan fitnah ke atas jenama terkenal tersebut. Difahamkan, indvidu terbabit akan didakwa menggunakan Akta Hasutan.
Bagaimanapun tidak pasti adakah laporan ini dibuat ditengah-tengah isu boikot yang melanda beberapa jenama antarabangsa yang menyatakan sokongan kepada Israel.
Baca Juga:
- ‘McDonald’s Malaysia Tidak Sumbang Kepada Israel, Usah Boikot’- Mufti Pulau Pinang
- Tersilap Tekan Pedal Minyak, Myvi ‘Melekat’ Sebelah Mercedes Di Lorong Drive-thru McDonalds
Melalui satu hantaran terbaharu, Zaid Hasman, Ketua Pegawai Teknologi di McDonald’s Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi membincangkan isu fitnah yang melibatkan McDonald’s Malaysia
“Bersama YBhg Tan Sri Mohamad Salim – Chairman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) & turut disertai Datuk Dr. Mohamed Sulaiman – Chief Network Security Officer, berbincang mengenai isu fitnah yang sangat berleluasa ke atas McDonald’s Malaysia.
“Terima kasih di atas sokongan pihak MCMC bersama-sama membendung isu ini.
“Dalam masa yang sama, pihak McDonald’s Malaysia telah mengenalpasti lebih 60 individu yang telah menyebarkan fitnah dan akan di dakwa di atas Akta Hasutan,” katanya di laman Facecook peribadinya.
Siapalah 60 individu yang telah dikenalpasti McDonald’s tu agaknya… pic.twitter.com/Hkv2jmcbEZ
— Asrul Muzaffar🇲🇾 (@asrulmm) November 13, 2023
Hantaran terbabit yang dimuat naik pada 3 November lalu tular hari ini selepas beberapa pengguna X menangkap layar hantaran terbabit sehingga mencetuskan perbincangan di media sosial.
Sebahagian netizen mempersoal tindakan McDonald’s yang mahu menggunakan Akta Hasutan dalam menangani kes fitnah melanda jenama terkenal tersebut.
@McDMalaysia has identified 60 individuals and is discussing with @MCMC_RASMI for them to be charged under Sedition Act. This is a BAD MOVE and will cost you support. If you feel defamed, pursue defamation charges. The Sedition Act is NOT for protecting corporates. https://t.co/RQngNgLpux
— Marina Tan (@marinaristan) November 13, 2023
Netizen yang lain pula beranggapan bahawa McDonald’s sepatutnya menggunakan saman sivil untuk fitnah bukannya Akta Hasutan.
The solution isn’t a criminal charge (Sedition Act). If you feel that your business has been unfairly blamed, file a civil suit for defamation. This, more than anything else, will make me boycott McDonald’s Malaysia. https://t.co/0hTXLh5XJY
— Harris Zainul (@harriszainul) November 13, 2023
Hey I'm no lawyer but the government intervening using national security legislation to stop people saying bad words against a fast food company feels very very dangerous. https://t.co/HD5lG80Mvm
— syllable 🇲🇾 (@syabilazriAS) November 13, 2023
Mula nak boikot McD sebab dia bayar royalti ke US, indirectly support Israel. Lepas tu bila dapat tau McD milik Saudi, lagi berapi-api nak boikot. Hari ni McD nak guna Akta Hasutan untuk diamkan rakyat pulak. Makin dalam lubang McD gali ni.
— Abah (@chairmanGLC) November 13, 2023
Setakat laporan ini ditulis, tiada apa-apa kenyataan yang dibuat oleh McDonald’s Malaysia mengenai isu ini. Netizen juga masih berteka-teki siapakah 60 individu terbabit.