Setelah membuat keputusan kontroversi memberikan slot kepada Inter Miami walaupun kelab itu sebelum ini hanya memenangi Peoples Shield MLS, FIFA kini mengesahkan Inter Miami akan diberikan tempat sebagai pasukan balang 1 dalam Piala Dunia Kelab 2025.

Inter Miami mendapat slot ke Piala Dunia Kelab 2025, setelah mereka menjadi pemenang People Shields, yang sebenarnya bukan pemenang rasmi MLS.

Oleh kerana MLS ada dua zon, peminat mengiktiraf pasukan dengan mata terbanyak antara 2 kumpulan sebagai pemenang Peoples Shield.

Juara MLS akan ditentukan dalam aksi playoffs. Di mana Inter Miami ketika itu mara ke playoffs juara MLS. Malangnya mereka gagal menjadi juara MLS Cup.

Ramai berpendapat bahawa FIFA sepatutnya lebih bersabar dalam memberikan slot tuan rumah berdasarkan merit.

Ini juga membuatkan FIFA dikritik kerana membuat keputusan yang dianggap terlalu awal memberikan slot kepada Inter Miami. Wartawan Martyn Ziegler mendedahkan, alasan utama FIFA mahu memberikan slot tuan rumah kepada Inter Miami kerana daya tarikan pada Lionel Messi.

Mereka terdesak mahu mendapatkan publisiti dengan nama Messi. Dan kini FIFA memberikan slot balang 1 kepada Inter Miami walaupun mereka bukan juara MLS – menurut laporan Martyn Ziegler.