Selepas Carte d’Or berada di pasaran pada tahun 2021 dan perisa hebat Dark Chocolate Truffles, French Vanilla Crème Glace, Caramel Glace with Almond Tarte Crumbles dan Glace à La Strawberry menjadi kegemaran ramai, Wall’s Malaysia kini membawakan citarasa sebenar kafe Perancis ke Malaysia dengan memperkenalkan dua lagi perisa baharu.

Dua perisa tersebut adalah Café Latte Brownie yang diperbuat daripada kepingan coklat dan brownie dari Itali dan Butter Almond Fudge yang diperbuat daripada badam yang dituai di Australia, di samping brownie dan juga sos fudge coklat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perisa ini membawakan citarasa Paris yang sebenar ke tangan anda. Kami sendiri sudah merasai kedua-dua aiskrim ini dan ia ada rasa premium yang tidak tergambar dengan kata-kata!

Abhijit Kulkarni, Pengurus Besar Kluster merangkap Ketua Inovasi Serantau di Unilever Ice Cream Southeast Asia (SEA) berkongsi, “Dari Perancis ke Malaysia, dua perisa baharu yang menyertai rangkaian produk aiskrim Carte d’Or telah dirumus khas dan disempurnakan dengan ramuan-ramuan berkualiti tinggi dari serata dunia, aiskrim premium ini pasti dapat menambah secubit kenikmatan pada hari anda.”

#BonjourCartedOr Aiskrim Café Latte Brownie dan Butter Almond Fudge daripada Carte d’Or boleh didapati di seluruh negara menerusi kebanyakan platform e-dagang dan penghantaran makanan, serta di pasar raya dan kedai serbaneka 7-Eleven berhampiran anda.

Harga runcit yang disarankan ialah RM20 bagi setiap bekas. Dan memandangkan kini aiskrim ini boleh didapati dengan mudah, anda juga berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Paris (#FromCartedOrToParis), selain kredit e- dompet bernilai RM7,000 dengan menyertai peraduan nasional Carte d’Or.

Anda hanya perlu membeli sekurang-kurangnya 2 bekas (pint) aiskrim Carte d’Or yang baharu ini (Café Latte Brownie dan Butter Almond Fudge) di kedai runcit berhampiran anda. Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Disember hingga 31 Disember 2022. Kunjungi laman rasmi Wall’s Malaysia di sini untuk maklumat lanjut mengenai aiskrim keluaran Carte d’Or.