Salah seorang pemain yang beraksi di luar negara, Wan Kuzain Wan Kamal semakin hampir untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.
Perkara ini dikongsikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin dimana Wan Kuzain akan menyertai Malaysia selepas pulih dari kecederaan.
Baca Juga:
- Isu Mats Deijl Jadi Bahan Ketawa Peminat Indonesia
- Wan Kuzain Sertai Harimau Malaya Selepas Pulih Daripada Kecederaan
- Media Indonesia ’Claim’ Ferdy Druijf Mahu Beraksi Bersama Skuad Garuda
“InsyaAllah selepas pulih dari kecederaan, beliau akan datang, dapat pasport dan bermain untuk Malaysia,” katanya.
Sebelum ini, hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl tidak kesampaian selepas FIFA mengesahkan pemain itu tidak melepasi syarat kelayakan untuk mewakili Malaysia.

Ini kerana, berdasarkan dokumentasi-dokumentasi yang telah dilampirkan, didapati bahawa pemain berusia 27 tahun itu hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang beliau dan bukannya melalui datuk atau nenek sepertimana yang ditetapkan dalam syarat FIFA.
Terdahulu, pemain ini telah menunjukkan minat beliau untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dan FAM telah dimaklumkan bahawa pemain ini mempunyai darah keturunan Malaysia.
Justeru FAM sejak dari 27 Jun 2024 telah pun dapat menghubungi secara rasmi kelab, ejen dan pemain itu sendiri bagi membincangkan mengenai kelayakan beliau untuk bermain dengan pasukan kebangsaan Malaysia.
Hasil perbincangan, pemain ini telah memberikan dokumen-dokumen berkaitan susur galur keluarganya yang menunjukkan beliau mempunyai hubung kait dengan negara Malaysia termasuk sijil lahir beliau, ayahnya, datuknya (sebelah ayah) serta pengesahan kelahiran moyangnya (sebelah ayah) iaitu ibu kepada datuk pemain tersebut.
Berdasarkan semakan, pemain ini mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang (ibu kepada datuk pemain) yang telah lahir di Singapura pada 24 Jun 1893, yang mana Singapura merupakan sebahagian dari Tanah Melayu ketika itu.
Dengan merujuk kepada Artikel 8 Peraturan-Peraturan Yang Mengawal Permohonan Statut FIFA berkaitan kelayakan mewakili pasukan kebangsaan, (Regulations Governing The Application Of The Statutes), mana-mana pemain boleh mewakili sesebuah negara jika pemain tersebut memenuhi syarat seperti berikut.
Pertama, pemain itu lahir di negara tersebut; atau kedua, ibu pemain dan ayah pemain lahir di negara tersebut; atau ketiga, datuk dan nenek pemain lahir di negara tersebut; atau keempat, pemain itu menetap di negara tersebut melebihi tempoh lima tahun.