Seorang rakyat Malaysia yang berkhidmat di Singapura selama dua dekad mendedahkan pengalaman dan cabaran yang dihadapi dalam mencari rezeki di negara orang, lapor MStar.

Dengan gaji yang lumayan, beliau berkongsi baki akaunnya sebanyak S$354,258 setara dengan RM1.24 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Walaupun memiliki simpanan yang besar, lelaki berusia 42 tahun itu akui penat bekerja di Singapura dan meminta pandangan orang ramai mengenai ideanya untuk bersara di Malaysia.

Meskipun gaji sebagai jurutera terlalu selesa sehingga beliau mampu meraih S$5,000 (RM17,618), beliau ada terfikir untuk berhenti kerja dan merasai hasil usahanya selama ini selagi kesihatan masih baik.

Kesukaran memilih antara bekerja hingga usia 55 tahun atau mencari pilihan lain sebelum sakit kronik menimpa menjadi perbincangan utama.

Beliau juga merungut mengenai tekanan kerja yang meningkat selepas kenaikan pangkat sehingga beliau memikirkan satu keperluan untuk mencari alternatif lain sebelum mencapai hari tua.

Rata-rata netizen menasihati agar beliau mencari kebahagiaan, mendirikan rumah tangga, atau memulakan perniagaan. Beberapa netizen pula tanpa segan silu menawarkan diri sebagai bakal isteri.

Sumber