Seorang wanita dipercayai berasal dari Aceh, Indonesia meluahkan kemarahannya terhadap sikap segelintir rakyat dari negaranya yang disifatkan biadab dan kurang menghormati penduduk di Malaysia.

Jelasnya lagi, terdapat segelintir individu khususnya warga negara Indonesia yang bekerja di negara ini, gemar membangga diri dek kerana sektor pembuatan dan pembersihan di sini lebih dikuasai golongan pendatang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Situasi itu menurutnya semakin berleluasa sehingga mengakibatkan pihak berkaitan semakin sombong dan menghina masyarakat Malaysia kerana terlampau bergantung kepada tenaga asing.

Tegas menentang pemikiran negatif sebegitu, wanita berkenaan terlebih dahulu memuji dan menyanjung kerajaan Malaysia yang dianggap lebih stabil dari segi ekonomi dan sentiasa menjaga kepentingan rakyatnya.

“Di Malaysia, kerajaannya galakkan penduduknya belajar dan sekolah tinggi-tinggi agar otaknya cerdas tak seperti pemerintahan Indonesia yang bangga mengirim rakyatnya ke luar negara menjadi kuli.

“Lepas itu, rakyatnya yang di luar negara lupa diri terutama di Malaysia ini, suka membandingkan dengan rakyat tempatan seakan masyarakat di sini tak pandai buat kerja,”kongsinya.

Malah, dia juga berpendapat kerajaan di sana didapati bergantung dengan aliran wang dari negara Malaysia (pendapatan bekerja sebagai kontraktor atau pembantu rumah ) ke Indonesia untuk pertumbuhan ekonomi.

“Sektor pembersihan di Malaysia selalunya hanya ada dua golongan pendatang yang bekerja iaitu Indonesia dan Filipina, tetap kebiasaannya mesti warga Aceh misalnya yang bermasalah, belum pernah ada berita kata pekerja Pinoy yang jahat malah mereka lebih baik dalam pertuturan Bahasa Inggeris,” katanya di dalam video lain.

@userk63z9buxz6

jerit2 pilih calon presiden yg bangga rakyatnya jd kuli dinegara org

♬ bunyi asal – 🫀🫀jantung pisang82 – 🫀🫀jantung pisang82

@userk63z9buxz6

contoh lah seperti pilipino,xpenah ckp apa2 untuk warganegara mereka hormat warga tempatan.

♬ bunyi asal – 🫀🫀jantung pisang82 – 🫀🫀jantung pisang82

Hantaran video itu tular di media sosial yang mana mendapat sokongan ramai terutamanya masyarakat tempatan yang sudah lama menyedari sikap buruk segelintir pekerja asing dalam negara.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: Tiktok

Dalam pada itu, wanita terbabit turut menggesa agar semua pekerja asing warga Indonesia segera mengubah tabiat buruk itu kerana ia hanya terus memecah-belahkan kedua-dua negara sekiranya dibiarkan berlarutan.