Kita pun sedia maklum dengan kelonggaran yang diberikan kepada rakyat China untuk melawat ke Malaysia tanpa visa selama 90 hari susulan hasil daripada polisi bebas visa timbal balik (reciprocal visa-free policy) antara kedua-dua negara.
Seorang TikToker wanita dari China, baru-baru ini mengakui ia bukanlah sesuatu yang bermoral untuk warga negaranya menyalah gunakan free visa dengan berkerja secara haram di Malaysia ketika tempoh pengeculian visa 90 hari di Malaysia.

Dalam masa sama, dia bagaimanapun mendesak agar kontraktor Malaysia untuk membuat refleksi tentang ketidakcekapan mereka dipetik dari laman WOB.
Duo Zhong, yang mana sudah menetap di Malaysia untuk sesuatu tempoh yang lama barangkali, berkongsi bahawa pasukan dekorasi dari China telah memperoleh tempoh tinggal 30 hari melalui polisi bebas visa Malaysia-China.
Mereka mengambil kesempatan daripada kemudahan ini untuk datang ke Malaysia melaksanakan projek, dalam masa sama “menewaskan” syarikat dekorasi tempatan dengan harga yang lebih rendah dan hasil kerja yang lebih pantas.
“Pasukan dari China boleh menyiapkan projek dalam masa 20 hari, manakala pasukan Malaysia mengambil masa kira-kira 2 bulan untuk menyelesaikan kerja.”
“Sesetengah daripada anda, kontraktor hiasan Malaysia, mendakwa bahawa kontraktor dari China datang ke Malaysia untuk mengambil alih pasaran, tetapi mengapa anda tidak bertanya kepada diri sendiri mengapa orang China boleh melakukannya tetapi anda tidak boleh?” soalnya.

Wanita itu turut mendedahkan dirinya juga melantik pasukan dekorasi dari China untuk melakukan pengubahsuaian rumahnya serta servis elektrikal dan kerja paip tampil dengan kerja yang tersangat bagus.
Dalam pada itu, dia menyeru syarikat tempatan untuk belajar dan ambil contoh dari pasukan China untuk jadi lebih cekap dan kos efektif.
Difahamkan bagaimapun video terbabit telah pun dipadam dari platform Douyin dan Xiao Hong Shu (RedNote) pada ketika ini.