Negeri Kelantan sering menjadi topik hangat di media sosial kerana isu infrastruktur serta stereotaip yang ditanam oleh pengguna media sosial.

Segelintir individu di internet sering mempersoalkan mengapa rakyat Kelantan gemar berhijrah ke negeri lain dan tidak mengambil inisiatif membangunkan ekonomi setempat.

Malah, ada yang berpendapat mereka terlalu bergantung dengan negeri lain dalam mencari kehidupan yang lebih baik.

Bagaimanapun, seorang wanita yang dipercayai berasal dari negeri di Pantai Timur itu langsung mendakwa bahawa mereka merupakan pemangkin kemajuan pembangunan di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Imagine 2 juta ni tak keluar dari Kelantan, do you think KL Selangor boleh well-developed macam skrg?”, tegasnya.

Tambahnya lagi, hal ini kerana rakyat Kelantan adalah orang yang pintar dan berkerja keras.

Dia berkata rasa meluat apabila netizen sering beranggapan negeri Kelantan sebagai mundur.

Kelantan
Sumber Gambar: Threads

Difahamkan dia tidak berpuas hati dan memberi respon terhadap kenyataan seorang pengguna lain mempersoalkan mengapa rakyat Kelantan seramai 2 juta orang yang menetap di Kuala Lumpur bakal pulang ke kampung itu sanggup merantau ke negeri lain seolah-olah tiada peluang pekerjaan di sana atau mundur.

Hantaran wanita itu langsung mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen dan rata-ratanya menempelak dakwaan kemajuan pembangunan di Kuala Lumpur dan Selangor yang bergantung dengan rakyat Kelantan yang mana tidak benar sama sekali.

Ramai percaya ibu kota Kuala Lumpur sedia berdiri megah dengan jayanya walaupun tiada masuk campur tenaga pekerja dari Kelantan kerana bakat tempatan dan syarikat atau pelabur luar negara berminat menerokai peluang yang terbentang luas di sini.

Malah, sebahagian netizen menyatakan negeri Kuala Lumpur dan Selangor terutamanya sudah menjadi pusat ekonomi sejak zaman British dahulu lagi. Jadi logiknya, kedua-dua negeri ini menjadi komponen penting di dalam kemajuan negara Malaysia secara tidak langsung.

“KL Selangor memang dari dulu well developed sebab British banyak kepentingan dekat Klang Valley ni. Bila merdeka, kerajaan teruskan je. Bukannya sebab orang Kelantan je Klang Valley ni delevop. Apo la,” kongsi seorang netizen.

Dalam pada itu, ada seorang individu yang mengakui dirinya berasal dari Kelantan memberikan pendapat sebab mengapa ramai rakyat Pantai Timur berhijrah ke Kuala Lumpur bukanlah disebabkan peluang pekerjaan tetapi susulan penawaran gaji yang terlalu rendah tidak sejajar dengan ekonomi semasa.

“I dari Kelantan, tapi i nak cakap orang Kelantan keluar dari sana sebab bukan tak ada peluang pekerjaan. tapi bayaran tak setimpal & tak bermaruah langsung.

“Bayangkan i buka indeed gaji HR Exec RM1800. dan bagi mereka HR Exec = Admin/Kerani sahaja. Walhal, kalau kat KL/Sel dapat gaji RM3000 keatas. KL/Sel well developed lah sebab tu serata negeri pergi cari rezeki kat sana,” terangnya dengan jelas.

Susulan itu, sebahagian netizen lain menasihati wanita itu untuk tidak terlalu beremosi dan cuba bangunkan negeri sendiri seperti Khairul Aming terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan yang mengundang kecaman sahaja.