Kebelakangan ini semakin banyak permintaan penyedut minuman besi di pasaran berikutan dengan kempen selamatkan alam sekitar. Namun, nasib tidak menyebelahi seorang wanita dari England yang terpaksa bertarung nyawa apabila mata kirinya tertusuk penyedut minuman tersebut.

straw

https://twitter.com/NetworkofnewsUK/status/1148405757638934528

Straw yang berukuran 25 sentimeter itu menembus mata kirinya terus ke otak menyebabkan kecederaan otak yang serius. Ketika kejadian yang berlaku pada 22 November lalu, Elena Struthers-Gardner terjatuh ketika membawa gelas dengan straw tersebut. Kejadian itu disedari oleh pasangannya dan bergegas dibawa ke hospital.

Pihak berkuasa London kemudian mengeluarkan kenyataan umum agar orang ramai lebih berhati-hati ketika menggunakan straw tersebut. Kenyataan sama turut menasihati agar orang ramai tidak menggunakan besi dengan gelas berpenutup yang menyebabkan penyedut minuman tersebut kekal pada posisi tersebut sahaja.

Sumber