Seorang pekerja dipecat setelah ‘kantoi’ menyambut gol penyamaan pada perlawanan separuh akhir yang menyaksikan England layak ke perlawanan akhir kejohanan Euro 2020 buat pertama kalinya.
Nina Farooqi, wanita inggeris berumur 37 tahun yang bekerja sebagai pencipta kandungan sebelum ini telah bertindak menipu majikannya untuk ke Stadium Wembley bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir di antara England dan Denmark.
Dia mencipta alasan sakit bagi mengelak dari bekerja di Yorkshire setelah rakannya menawarkan tiket untuk malam bersejarah di Wembley.
Apa yang membuatkan dia ‘kantoi’ adalah ketika jaringan penyamaan England, wajah Nina keluar di kaca TV bersama-sama dengan rakannya. Mereka kelihatan seronok meraikan jaringan terbabit. Namun apa yang dia tidak tahu adalah majikannya turut menonton perlawanan tersebut.
Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja keesokan harinya, Nina mendapat satu panggilan telefon dari majikannya. Dia diberitahu bahawa dia tidak perlu datang kerja hari ini.
Nina berkata, “Mereka lihat saya dalam perlawanan itu dan saya jujur dengan apa yang saya lakukan. Namun saya tidak mendapat simpati dan mereka kata itu kata muktamadnya.
“Ada sedikit rasa menyesal, tidak ada sesiapa yang ingin dipecat, tetapi saya juga akan menyesal jika tidak ke perlawanan tersebut.”
Dia berkata kepada media pada awalnya dia menyangka bahawa tidak mungkin dia akan dilihat dalam kerumunan lebih dari 60,000 orang.
Namun ketika tamat perlawanan, dia memeriksa telefonnya pada separuh masa pertama. Dia berkata, “Kami berada di muka depan berita, wajah saya ada di setiap kaca televisyen di seluruh dunia.’
Nina menambah, “Emosi yang bercampur baur. Kami mara ke final, saya masih teruja tetapi saya juga kehilangan kerja.”
Lelaki berusia 20 tahun ‘kantoi’ menyamar jadi doktor di PPV Sarawak. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Lelaki Berusia 20 Tahun ‘Kantoi’ Menyamar Jadi Doktor Di PPV Sarawak