Dalam kes mengejutkan terjadi di Wilayah Hubei, China, seorang wanita dituduh cuba menggugurkan kehamilan rakan sekerjanya dengan racun, lapor Oddity Central.

Motif di sebalik perbuatan jahat ini adalah mengelak suspek daripada memikul beban kerja yang ditinggalkan sepanjang mangsa cuti bersalin.

Baca Juga:

Kejadian ini terbongkar apabila mangsa, yang identitinya masih tidak didedahkan, menyedari rasa luar biasa dalam airnya walaupun beralih kepada sumber botol yang lain.

Mengesyaki sesuatu, dia mengambil langkah sendiri, menggunakan tabletnya untuk merakam kawasan mejanya secara rahsia.

Hasil siasatan beliau akhirnya membuahkan hasil apabila tabletnya merakamkan seorang rakan sekerja secara rahsia menambah bahan seperti serbuk ke dalam botol airnya.

Siasatan awal mendedahkan bahawa suspek mengaku meracun air mangsa sambil memberi alasan bahawa dia tidak mahu terbeban dengan kerja mangsa sepanjang beliau cuti bersalin.

Pengakuan ini telah mendorong pegawai penguatkuasa undang-undang untuk melancarkan siasatan menyeluruh mengenai perkara itu.

Kejadian ini telah tular di seluruh platform media sosial China, dengan netizen menyatakan rasa terkejut dan tidak percaya sejauh mana seseorang itu sanggup untuk melakukan hal gila kepada rakannya sendiri..

Pihak berkuasa menyatakan bahawa suspek mempunyai niat untuk menyebabkan kemudaratan, tanpa mengira jenis bahan yang digunakan.