Terengganu bukan sahaja terkenal dengan keindahan pantainya tetapi pulau di sekitarnya juga menjadi antara destinasi pilihan rakyat Malaysia seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Hani Shamsuddin telah berkongsi beberapa keping gambar di Pulau Kapas yang cukup cantik dan pastinya anda akan terus packed baju untuk bercuti ke Pulau Kapas.

Untuk pengetahuan anda, Hani dan keluarga telah berkunjung ke Pulau Kapas untuk percutian ‘Day Trip’ sahaja. Siapa sangka dalam masa sehari dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik.

Hanya bermodalkan RM64 sahaja, anda dapat nikmati keindahan alam semulajadi di Pulau Kapas. Modal tersebut termasuk hiking Bukit Singa, boat transfer return dan snorkelling.

103836161_3356441761041803_446367671933210818_o

104410965_3356460654373247_3672718013532386560_o

104937865_3356441587708487_6836400246370742786_o

Jika anda ke Pulau Kapas tetapi tidak mendaki Bukit Singa memang rugi kerana pemandangan yang dihadiahkan memang memukau. Awesome! Malah, Pulau Kapas ini mesra budak-budak dimana air cetek di gigi laut dan jernih serta anak ikan juga berenang-renang di situ.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan anda boleh masukkan Pulau Kapas sebagai destinasi pilihan anda selepas ini.

104409644_3356465117706134_1266708510837358633_o

104179697_3356441834375129_2048615555586749572_o

83548317_3356459904373322_2839602198653746805_o

Sementara itu, kami kongsikan beberapa destinasi lain yang mungkin jadi pilihan anda. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Keindahan ‘Sunset’ Di Pulau Jerejak Ini Destinasi Terbaik Buat Mereka Yang Mahukan Ketenangan

5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota

10 Lokasi Percutian Pantai Tercantik Di Malaysia. Bersih Dan Jernih Dari Yang Lain!