Seorang wanita yang tinggal di Kelantan berkongsi realiti pahit yang dialami ketika mencari kerja di negeri berkenaan.
Nadnoar melalui laman Threads miliknya mengadu yang mana beliau sukar untuk mencari kerja dan sudah dua bulan menganggur meskipun sudah menghantar resume ke banyak syarikat.
Baca Juga:
- ‘Cukup Bukti, Kami Dedah’ – Ketua Polis Kelantan Beri Amaran Keras Kepada ‘Influencer’, ‘Founder’ Kosmetik
- ‘RM3,400 Masih Tak Cukup Untuk Hidup Di Kelantan’
- Wanita Dakwa Tanpa Migrasi Rakyat Kelantan, Kuala Lumpur Tidak Akan Sebegini Maju?
Sukar Cari Kerja Di Kelantan
‘Realiti duduk di Kelatan adalah sangat sukar nak cari kerja. Saya nak duduk dengan keluarga tapi dah dua bulan tanam anggur, pergi banyak interview tapi tak dapat.
“Adakah saya overqualified? Ada degree je? Minta gaji biasalah dalam RM2000, itupun tak dapat lagi. Tolonglah Kelantan, do better,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa pendapatan sebanyak RM1,700 sebulan belum cukup selesa walaupun negeri Pantai Timur itu dilabel sebagai negeri berkos sara hidup rendah di Malaysia.
“Orang kata duduk di Kelantan semua murah, itu dulu. Sekarang sama sahaja dengan negeri lain.

“Perbelanjaan bulanan saya dan isteri paling banyak digunakan untuk makanan, di mana kami belanjakan RM50 sehari.
“Jika hujung bulan, kami bawa bekal nasi serta air manis yang dikacau dari rumah, manakala lauk dibeli di kedai,” seorang promoter jualan, Firdaus Hamzah.