Transit Aliran Deras atau MRT menjadi salah satu pilihan masyarakat khususnya di sekitar Lembah Klang untuk menuju ke destinasi baik ketika bekerja atau meluangkan masa bersama keluarga.
Selain rakyat tempatan, alat pengangkutan ini turut menjadi pilihan pelancong dari luar negara untuk melihat kesibukan serta keindahan ibu kota.
Baca Juga:
- Ini Jumlah Simpanan KWSP Yang Perlu Ada Apabila Cecah Usia 35 Tahun
- ‘Merisaukan’ – Netizen Terkejut Dengan Jawapan Ujian Murid Sekolah Rendah
- Duduk Di Sarawak ‘Pantau’ Dari Jauh, Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?
Akan tetapi, alat pengangkutan yang disediakan oleh kerajaan ini mula disalah guna dimana ada segelintir individu lelaki yang melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kaum hawa.
Wanita Di MRT Terdedah Kepada Sexual Predator
Seorang wanita di laman Threads berkongsi tips sekaligus memberi amaran agar wanita lain memakai pakaian dalaman atau memakai pakaian dua lapis terutamanya di bahagian bawah badan.
Ini kerana, ada individu tidak bertanggungjawab yang merakam dengan meletakkan kamera di bawah skirt wanita dan kemudiannya memuat naik video yang dirakam di laman seperti Tumblr.
Perkongsian wanita ini mendapat perhatian pengguna Threads yang lain dimana mereka juga berkongsi tangkap layar akaun yang memuat naik video bawah skirt di laman Tumblr.
Perkara seperti perlu mendapat perhatian dari pihak MRT kerana melibatkan keselamatan penumpang wanita dan berpotensi untuk menghadirkan bahaya lain seperti menjadi bahan pemuas nafsu di laman media sosial.
Langkah yang boleh dilakukan ialah menambah bilangan anggota keselamatan dan menjalankan kempen kesedaran yang mana menangkap mana-mana individu yang merakam bahagian sensitif kaum wanita.