Seorang wanita dari Kanada yang melancong ke Kuala Lumpur baru-baru ini berkongsi pengalaman buruk yang berlaku keatasnya semasa menginap di salah sebuah hostel di ibu kota.

Dalam tulisan panjang yang dimuat naik di Reddit seperti yang dilaporkan oleh Coconuts KL, wanita berusia 27 tahun itu menceritakan pengalamannya pulang pada jam 2 pagi dan ditegur dengan seorang lelaki mabuk dari Belarus di bahagian koridor hostel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perbualan yang mulanya berkisar tentang negara masing-masing bertukar apabila lelaki mabuk terbabit mengajaknya untuk menemani dia bersiar-siar di sekitar bandar dan seterusnya ke sauna.

Selepas beberapa ketika, lelaki terbabit tiba-tiba bertanya adakah dia boleh menciumnya. Wanita terbabit yang terkejut dengan soalan terbabit dengan keras menjawab tidak.

“Saya berundur dan dengan tegas memberitahunya ‘Tidak. Saya hendak masuk tidur sekarang’. Dia merungut sesuatu, cuba pegang lengan saya dan saya mengelak,” katanya.

Lelaki itu tidak mengalah, dia secara tiba-tiba menampar punggung wanita terbabit dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Keesokan harinya, wanita itu memberitahu pihak pengurusan hostel dan bertanya sama ada mereka mempunyai tetamu lelaki Belarus.

Bagaimanapun, beliau merasa sangat kesal kerana tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan hostel. Kata wanita terbabit, pihak hostel seolah-olah mengelak untuk mengambil tindakan kepada lelaki terbabit.

Dia membayangkan bahawa pihak hostel akan campur tangan dengan mengakses rakaman CCTV, memberikannya salinan pasport lelaki tersebut atau mengusir lelaki tersebut dari premis atau mengeluarkan amaran.

“Tetapi mereka tidak melakukan semua itu. Saya dibiarkan berasa sangat diketepikan dan kecewa kerana wanita perlu menghadapinya dan menangani omong kosong ini, “tulisnya.