Pada hari ini, pelbagai cara yang dilakukan oleh individu dalam mencari pasangan hidupnya. Selain bersemuka, ada juga yang memanfaatkan teknologi dengan memuat turun aplikasi dating dan seumpamanya.

Baru-baru ini, seorang wanita telah memuat naik satu ciapan yang menyatakan dirinya sedang  cuba mencari pasangan hidup di platform X.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Bagaimanapun, dia mengakui tidak tahu cara untuk memperkenalkan diri, maka telah berkongsi satu borang dalam talian yang didakwa untuk mengetahui maklumat peribadi bagi mereka yang berminat untuk menjadi jodohnya.

Walaupun pada dasar nampak normal sahaja, netizen langsung menyuarakan pendapat yang mereka tidak bersetuju dengan maklumat peribadi yang mahu dikumpulkan oleh wanita tersebut selepas disemak isi kandungannya.

Google form
Sumber Gambar: Google Form

Hal ini kerana dia telah menyoal sejumlah maklumat sensitif di dalam borang terbabit seperti jumlah gaji, nama penuh, tarikh lahir, lokasi kampung, alamat tempat bekerja dan tempat tinggal.

Ramai berpendapat jika kalau mahu mengenal hati budi seseorang, boleh sahaja meminta akaun media sosial terlebih dahulu untuk berkenalan dan selepas mendapat keserasian barulah bergerak ke langkah seterusnya.

Tindakan ini dilihat sudah menyalahi undang-undang kerana data-data berkenaan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Peribadi.

Oleh itu, netizen meminta orang ramai untuk berwaspada dan tidak sebarangan berkongsi maklumat peribadi kepada individu yang tidak diketahui.

Ramai khuatir data-data sensitif yang dikongsikan ini bakal disalah gunakan atau dimanipulasi oleh individu berniat jahat di luar sana.

Akibat maklumat sudah dikropomi, anda juga berpotensi menerima panggilan spam dari scammer dan lambat laun akan menyusahkan kehidupan seharian anda.

Google form
Sumber Gambar:x

Malahan, ada yang berkongsi ini salah satu cara untuk memancing data orang ramai kemudian mempromosikan produk atau servis yang dijual untuk mendapat komisen. Seperti wanita ini, seorang individu berjaya menemui yang dirinya sedang membuat jualan emas ssekaligis menimbulkan kecurigaan yang data itu mungkin untuk digunakan untuk cari klien sahaja.

Diingatkan orang ramai untuk tidak jatuh ke dalam perangkap berkenaan dan sentiasa menjaga maklumat peribadi seperti barang berharga.