Tular sebuah kisah mengenai seorang wanita muda di Malaysia yang menceritakan isu kewangan yang dihadapi olehnya terhadap kedua orang tuanya.

Dalam catatan yang dikongsi di media sosial @twtsecretsmy, seorang wanita berkongsi pengalaman peribadinya mengenai perasaannya yang terperangkap dalam lingkaran pergantungan kewangan ibu bapanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Wanita muda yang tidak didedahkan identitinya itu memberitahu bahawa kebanyakan gajinya digunakan untuk membayar bil dan pinjaman keluarga, serta memberi sokongan kewangan kepada ibu bapanya.

Sebagai contoh, beliau menyatakan bahawa 90 peratus daripada gajinya disalurkan terus untuk membayar bil, manakala selebihnya hanya untuk keperluan peribadi dan simpanan.

Sejak dua tahun lalu, wanita itu tidak dapat menyimpan wang kerana keseluruhan gajinya telah dibelanjakan untuk membayar bil dan membantu ibu bapanya.

Walaupun dia bekerja keras, termasuk mengambil kerja sambilan, dia sentiasa diminta oleh bapanya untuk diberikan wang tambahan.

Wanita itu turut melahirkan rasa simpati terhadap bapanya dan berasa berterima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan kepadanya.

Bagaimanapun, dia turut meluahkan perasaan sedih dan keliru kerana ibu bapanya tidak henti-henti meminta wang.

Perasaan tertekan dan putus asa wanita itu bertambah apabila bapanya meminjam sejumlah besar wang dan tidak bercadang untuk membayarnya dalam masa terdekat.

Malah, apabila dia enggan memberi wang tambahan, dia berhadapan dengan tekanan daripada ibu bapanya.