Wanita yang mengkritik Che Sayang secara terbuka telah tampil meminta maaf.

Wanita yang menggunakan nama Anything Pasta di X telah mencuri perhatian netizen apabila dia telah mengkritik penyediaan resepi oleh Che Sayang sebagai tangkap muat dan tidak ada seni.

Wanita Ini Mohon Maaf Kepada Che Sayang: 'Saya Menghargai Prinsip Makanan & Disiplin Kulinari'

Anything Pasta menerima banyak kritikan kerana menurut netizen, Che Sayang hanya menyediakan masakan dengan cara dia yang ringkas untuk memudahkan audiennya meniru resepi tersebut.

Anything Pasta kemudian tampil meminta maaf, di atas ketelanjurannya dalam mengkritik kerana terbawa bawa dengan cara dia yang ‘menghargai prinsip makanan dan kulinari’.

Dia turut menafikan bahawa dia telah membuli atau menyebarkan kebencian ke atas Che Sayang, dan mengakui bahawa dia bertanggungjawab di atas kata kata agak kasar.

Anything Pasta berkata: “Salam, Saya ingin menjelaskan mengenai situasi terkini berkenaan komen saya terhadap video makanan terbaru Che Sayang.

“Bukan niat saya untuk membuli atau menyebarkan kebencian terhadap sesiapa. Namun, saya mengakui bahawa pemilihan kata-kata saya termasuk “tak semenggah” serta komen saya mengenai kemahiran dan teknik beliau kedengaran kasar dan tidak sesuai.

“Saya sepatutnya menghargai usaha beliau dalam menghasilkan video tersebut. Untuk itu, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

“Sebagai seseorang yang menghargai prinsip makanan dan disiplin kulinari, saya sedar bahawa saya mungkin telah keterlaluan dalam menyuarakan pendapat saya secara terbuka.

“Saya faham bahawa kata-kata saya mungkin telah melukakan atau menyinggung perasaan, dan saya dengan ikhlas memohon maaf.

“Kepada Che Sayang, dan kepada sesiapa sahaja yang berasa sedih atau terkesan dengan komen saya sama ada secara peribadi, melalui Anything Pasta, atau @albeitniko, saya benar-benar memohon maaf.

“Semoga Ramadan ini menjadi waktu untuk muhasabah diri, perkembangan dan memperbaiki tingkah laku bagi kita semua.

“Saya akan belajar daripada perkara ini dan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih.”