Sebelum ini, dunia kulinari media sosial baru-baru ini digemparkan dengan kontroversi melibatkan pempengaruh masakan popular, Che Sayang Kitchen.
Beliau menerima kritikan hebat daripada segelintir netizen yang mempersoalkan keaslian resipi perkongsiannya yang didakwa menyimpang daripada cara tradisional atau tidak bersifat ‘authentic’.
Cottage Pie (atau Shepherd’s Pie) merupakan hidangan klasik berasaskan daging cincang yang dimasak bersama sos, kemudian dilapisi dengan lecekkan ubi kentang di bahagian atas sebelum dibakar sehingga keperangan.
Hachis Parmentie pula nama variasi hidangan yang sama dalam kulinari Perancis.
Menariknya, seorang pengguna TikTok @annfrancex3 telah berkongsi reaksi keluarga mertuanya yang berasal dari Perancis yang mencuba juadah yang dihasilkan menggunakan resepi Cottage Pie yang diajar oleh Che Sayang pada tempoh hari lalu.
Apabila disoal adakah ia sedap, ini respon mereka “Oui c’est bon (Ya,sedap), c’est tres bon (sedap gila) sambil menganggukkan kepala berulang-kali sambil menikmati juadah itu di pinggan.
Seorang wanita lain pula menunjukkan tanda bagus dengan jarinya sebagai tanda sokongan.
Pengguna TikTok itu mengucapkan terima kasih kepada Che Sayang kerana telah menyediakan resepi yang sedap dan mudah.
Tambahnya lagi, mereka sekeluarga telah menghabiskan juadah tersebut sehingga licin pinggan namun terlupa mengambil gambar sebagai bukti.
@annfrancex3 Thank you @Che Sayang Kitchen resipi mudah simple,JANJHI SEDAP! #livehighlights #fypmalaysia #fypmalaysia🇲🇾 #cottagepie #viraltiktokmalaysia
Menjengah ke ruangan komentar, netizen Malaysia langsung menyindir individu yang ‘terpaling chef’ menegur resepi sebagai tidak autentik walhal realitinya orang awam hanya sesuatu yang sedap.
Paling utama sekali, orang ramai mendapati resepi Che Sayang selalunya menggunakan bahan yang mudah didapati menjadikan segala resepi yang diajar lebih dekat dan senang dipelajari.