Pengalaman menjamu selera yang kelihatan biasa bertukar menjadi perdebatan di platform media sosial selepas salah sebuah restoran di Johor meletakkan harga RM15 untuk secawan milo panas.

Menerusi pengguna Facebook Emoncs Tay, dia menceritakan pengalaman tidak enak apabila terpaksa membayar sehingga RM122.20 ketika membawanya keluarganya menjamu selera.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Di tengah-tengah harga yang tinggi baginya, beliau terkejut apabila mendapati minuman kegemaran rakyat Malaysia, milo yang berharga RM15.90 dan roti canai telur yang berharga RM12.90.

Hantaran wanita terbabit telah mencetuskan debat di media sosial dengan sebahagian netizen meluahkan rasa bimbang dengan kenaikan harga makanan dan minuman di kawasan destinasi pelancong.

Sebahagian pula menggesa agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna campur tangan bagi membendung  harga yang tidak masuk akal.

Sumber