Seorang wanita mengakui sudah tinggal di Malaysia selama 32 tahun, dan mendakwa Malaysia menggunakan undang undang untuk memaksa orang non-muslim untuk ‘convert’ kepada agama Islam.
Kenyataan itu benar benar mengejutkan pihak Dawah In London sendiri yang membela Malaysia bukan negara yang salah guna kuasa dan memaksa orang tukar agama.
Di mana mereka Dawah In London menyatakan bahawa mereka pernah tinggal di Malaysia dan mendapati negara Malaysia mengamalkan kebebasan beragama, dan tidak pernah memaksa orang non muslim tukar agama.
Wanita itu dengan berlagak berkata: “Saya 1,000% pasti. Saya sudah tinggal di sana 32 tahun brother.”
Kemudian Dawah In London mahukan kepastian: “Apa yang kamu maksudkan dengan paksaan?”
Rupa rupanya dia merujuk kepada mana isu perkahwinan di antara orang non muslim dengan muslim.
Wanita itu segera menjawab: “Mereka gunakan perundangan. Di Malaysia sebelum kamu berkahwin dengan seorang lelaki muslim, sebelum perkahwinan itu kamu wajib menerima agama Islam [sebagai agama baharu].”
Dawah In London menjelaskan bahawa itu bukan paksaan, sebaliknya pilihan. Di mana mereka boleh memilih untuk tidak mengahwini lelaki muslim.
Video wanita itu meraih pelbagai reaksi netizen. Ada yang meminta wanita itu pergi sahaja ke negara seperti Indonesia kerana negara tersebut membenarkan perkahwinan campur mereka yang beragama Islam dengan pasangan berbeza agama yang tidak mahu masuk Islam.
Yang lain menuduh wanita tersebut sebagai memfitnah Malaysia, kerana negara Malaysia tidak pernah memaksa mana mana individu menukar agama.
Sedapnya menipu….bila masa Malaysia menukar agama sesiapa secara paksaan…..#mynewshub pic.twitter.com/nltN7AiTGw
— MYNEWSHUB (@mynewshub) October 31, 2025
Netizen seterusnya menegaskan bahawa nampak sangat wanita tersebut tidak faham tentang perlembagaan dan perundangan Malaysia.