Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, kisah individu yang berjaya merentasi jurang budaya dan bahasa sering tular.
Namun, yang terbaru meraih perhatian umum adalah kisah seorang wanita warganegara Vietnam yang bukan sekadar boleh berbahasa Melayu, tetapi fasih bertutur dengan loghat dan intonasi seolah-olah dia adalah anak jati Malaysia. Kepetahan luar biasa wanita ini, yang sering disangka sebagai ‘orang lokal’ oleh sesiapa yang baru mengenalinya, telah menjadi buah mulut di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun hambafakir313, dia bersama rakan-rakannya sedang meronda di sebuah jambatan sewaktu berada di Hoi An, Vietnam.
Dalam ketika itu, lelaki itu pula didatangi oleh seorang wanita Vietnam tempatan dan menariknya dia berinteraksi dengan berbahasa Malaysia. Malahan, wanita itu boleh berkomunikasi dengan lancar serta loghat kedengaran seumpama orang asal Malaysia.
Lelaki itu berseloroh mengatakan dia orang Malaysia kerana boleh bercakap dengan lancar dan betul tatabahasanya.
Wanita itu sedang mempromosikan bisnes spa keluarganya dengan berkata “Sapa datang sini boleh cari saya, pergi urut, RM30 sahaja. Mak ayah saya buka spa dekat sini. Sekarang buka dekat pasar malam,”.
Tambahnya lagi, pada waktu tengah hari di mana dia giat mencari pelanggan untuk datang ke spa miliknya yang berada di kawasan berdekatan.
@hambafakir313 Tgh duk round2 pekan hoi an teserempak dengn akak viral ni.. pekat betul melayu dia 😂@Thanh Huyền #fyp #vietnam #hoian
Kepetahan dia bertutur dalam bahasa rasmi kita langsung meraih perhatian ramai netizen tempatan dan rata-rata memuji akan kemampuan dia menguasai bahasa Malaysia malahan dengar loghat seperti orang lokal pula.
Selain itu, ada yang mendedahkan wanita itu sebenarnya sudah lama berkecimpung di dalam dunia bisnes jalanan langsung mahir bertutur pelbagai bahasa sejak kecil lagi.
Susulan tertarik dengan kefasihan berbahasa Malaysia itu, netizen langsung berharap agar wanita itu boleh menjadi pemandu pelancong agar boleh membantu mereka menerokai Vietnam dengan lebin mudah.