Wanna Ali mungkin artis paling jujur tahun ini kerana dia sendiri mengakui dia memiliki suara tak sedap ketika menyanyi  live.

Wanna Ali sebelum ini mulai dikenali sebagai penyanyi. Namun  semakin dia terlibat dalam dunia hiburan profesional semakin dia sedar suara dia sebenarnya tak sedap dan selalu nyanyi kelaut ketika live.

Baca Juga:

Oleh kerana tidak mahu menyusahkan orang lain mendengar suaranya yang ke laut atau tak sedap itu, maka Wanna Ali terus melupakan karier nyanyiannya dan fokus kepada dunia lakonan.

Dia tak mahu netizen membuang masa untuk mengecam dia di media sosial selepas mendengar dia menyanyi.

Wanna Ali ternyata tidak mahu semua itu berlaku demi kebaikan semua pihak.

Bercakap kepada Mstar Online, Wanna berkata: “Karier nyanyian sudah lama saya lupakan, dan tak berniat untuk meneruskannya.”

“Kalau dengar saya nyanyi secara live, memang ke laut. Sebab tu saya takut orang akan kecam.”

Wanna menambah dia akan menolak sebarang tawaran daripada mana mana pihak yang mahu dia menyanyi. Kerana dia tidak mahu menyanyi hanya kerana wang. Sebaliknya dia lebih mementingkan untuk menjaga imejnya.

Namun begitu, baru baru ini Wanna Ali telah menyanyi dalam runut bunyi drama Bukan Sekadar Lafaz yang turut dibintangi Alif Satar, itupun sebagai untuk menunaikan permintaan ibunya yang merupakan penerbit drama itu.

Wanna menegaskan dia ok untuk menyanyikan lagu OST drama, namun untuk terlibat dalam pertandingan atau program realiti, dia tidak mahu.

Walaupun sudah nekad tidak mahu menyanyi secara serius, Wanna tetap tersenyum mengenangkan pengalaman dia menyanyi ketika awal pembabitannya dalam dunia seni. Di mana ketika itu dia puas mendapat wang daripada titik peluh hasil dia menyanyi.