Lambakkan warga asing di Malaysia menyebabkan rakyat tempatan sendiri berasa bimbang dengan bahaya yang mungkin.

Tular satu klip video CCTV menunjukkan seorang warga asing memecah masuk ruangan pekerja sebuah ruangan kerja.

Menerusi video tersebut, warga asing memecah masuk kawasan kerja kemudian terus meluru ke arah pekerja wanita yang berseorangan di situ.

Kemudian pekerja wanita berkenaan melarikan daripada lelaki warga asing itu.

Ketika lelaki tersebut mahu larikan diri, pekerja wanita mengejarnya dari belakang dan dibaling satu objek kearahnya.

Lelaki warga asing bertindak agresif menyerang bertubi-tubi pekerja wanita yang sudah terbaring sambil mempertahankan diri.

Memetik hantaran Facebook Tok Naga, pekerja wanita itu merupakan penyelia sebuah kedai minum di Taman Sri Muda.

Difahamkan wanita tersebut ditikam sebanyak lapan kali dan kini mendapatkan rawatan lanjut.

Menerusi komen-komen yang dikongsikan netizen, ramai mahu pihak berkuasa segera mencari si pelaku.

Pada masa sama meminta pihak kerajaan untuk mengetatkan kemasukkan warga asing yang berpotensi mengganggu ketenteraman awam.