Sebuah komplek di tengah ibu kota Kuala Lumpur telah menjadi tempat warga asing mencari rezeki. Kebanyakan mereka adalah warga Filipina yang berkahwin dengan orang tempatan.
Menurut laporan Utusan Malaysia, seorang wanita berusia 29 tahun yang baru sebulan tiba di Malaysia dengan menggunakan pas lawatan sosial mendakwa dirinya sudah berkahwin dengan lelaki tempatan.
Baca Juga:
- Nilai Jadi ‘Sarang’ Warga Asing Kerana Sewa Murah, Kata MB Negeri Sembilan
- Langgar Dua Kereta Dan Pagar Istana Besar Johor, Pemandu Warga Asing Positif Dadah Ditahan
Dia kini yang bekerja di Kompleks Kota Raya sebagai pekerja salon berkata bahawa dia kini sudah 7 bulan di Malaysia dan kompleks tersebut sememangnya terkenal dengan warga Filipina.
Manakala wanita berusia 57 tahun pula mengaku bahawa dia sudah dua tahun bekerja di kompleks yang sama setelah mengikut suaminya rakyat tempatan yang berasal dari Lahad Datu.
Dia juga mengaku bahawa dia masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah sebelum berkahwin dengan suami.
“Beberapa tahun kemudian, saya memohon pasport dengan Konsulat Filipina dan memohon menjadi penduduk tetap,” katanya yang mendakwa memiliki kad pengenalan merah.
Manakala seorang mak nyah berusia 22 tahun mendakwa bahawa kompleks ini sudah sebati dengan warga Filipina kerana banyak makanan dan produk popular di Filipina dijual di sini.