Seorang pemuda baru-baru ini terkejut apabila diminta seorang pekerja Bangladesh untuk membantu mengeluarkan wang tunai sejumlah RM6,000 dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah kedai serbaneka. Bagaimanapun, apa yang lebih terkejut adalah ketika pemuda tersebut diminta memeriksa baki akaun simpanan pekerja Bangladesh tersebut.

“Lebih RM300,000, kalau tak silap tengoklah. Terasa merempat kat negara sendiri,” ujarnya mengenai jumlah yang tertera di skrin ATM eperti yang dilaporkan MStar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pendedahan ini mencetuskan perbualan hangat di kalangan netizen, dengan ramai yang mengagumi disiplin kewangan dan cara menabung pekerja Bangladesh tersebut. Komen-komen netizen menyatakan bahawa pekerja asing sering mengamalkan gaya hidup sederhana, memanfaatkan pengangkutan awam, dan rajin menyimpan.

“Pekerja asing kebiasaannya rumah pun majikan sediakan, tak perlu bayar. Gaji mereka bersih tak guna pun. Yang aku nampak mereka beli macam tong-tong (kongsi) duit beli beras, tepung dan minyak. Masak sendiri kat rumah,” kata seorang netizen.

Sebahagian netizen mencadangkan agar pemuda tersebut menyediakan kelas berbayar kepada pekerja Bangladesh tersebut untuk mengajar mereka mahir menggunakan mesin ATM. Ada juga netizen yang memberi amaran agar berhati-hati ketika membantu orang lain mengeluarkan wang dari akaun simpanan, kerana terdapat risiko dan bahaya yang mungkin timbul.

“Mungkin ada yang jujur, tapi ini modus operandi sindiket-sindiket dan secara langsung, awak boleh jadi kambing hitam atau suspek utama kalau nasib tak baik,” kata seorang netizen sebagai peringatan kepada orang ramai.

Sementara itu, pemuda tersebut tidak mendedahkan pekerjaan sebenar pekerja Bangladesh tersebut atau tempoh perkhidmatannya di Malaysia. Pendedahan ini membuahkan reaksi bercampur dari masyarakat dalam talian, mencetuskan perbincangan dan amalan kewangan di kalangan pekerja asing di Malaysia.

Sumber