Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah akan dipikul amanah menjaga insan-insan tersayang sepenuh hati. Inilah yang dilalui seorang warga emas yang terpaksa mengambil alih tugas ketua keluarga untuk mencari rezeki bagi memastikan segala perbelanjaan keluarga mencukupi.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang personaliti televisyen, Fedtri Yahya menulis di media sosialnya tentang seorang warga emas menjadi pemandu Grab untuk menampung hidup dan menyara suami yang menghidapi kanser usus dan glaukoma serta anak sulungnya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Malah, Fedtri turut menitipkan pesan sekiranya ada sesiapa yang menaiki Grab warga emas tersebut agar dapat menghulurkan sumbangan seikhlas hati. Tidak salah sekiranya anda membantu, mungkin sumbangan sekecil itu dapat meringankan beban yang ditanggung warga emas tersebut.

Setakat ini, posting tersebut tular dan mendapat ribuan perkongsian daripada netizen yang merasa kagum dengan ketabahannya serta turut mendoakan agar beliau dipermudahkan segala urusan dan diberi kesejahteraan dalam kehidupan.

Screenshot_20190908-022326

Screenshot_20190908-022307

Screenshot_20190908-022319

Semoga servis Grab yang disediakan oleh warga emas ini akan terus maju. Ini pula kami kongsikan lebih banyak artikel mengenai Grab. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Pemandu Grab Wanita Kongsi Kisah Nyaris Dirompak Penumpang Warga Asing

Promosi #GrabDurian Kembali Menawarkan Musang King Dengan Harga RM20/kg

Grab Wajibkan Penumpang Swafoto Sebelum Menaiki Kenderaan Bermula 12 Julai

Sumber