Sepasang suami isteri warga Switzerland memuji pengkuat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) kerana memudahkan urusan mereka baru-baru ini.
Menerusi video dimuat naik TikTok @jpjpahang, pihaknya ke rumah seorang profesor yang telah bersara.
Baca Juga:
- JPJ Cadang Wajibkan Semua Kenderaan Pengangkutan Awam Pasang ‘Dashcam’

- ‘Isyarat Jelas Kami Tidak Berkompromi Dengan Individu Ternama’ – JPJ Sita Porsche Milik Pelakon Wanita

- JPJ Perkenalkan Rekaan Lesen Memandu Fizikal Baharu, Apa Yang ‘Special’?

Profesor yang berusia 87 tahun itu telah menetap di Malaysia bersama isterinya lebih daripada 20 tahun.
@jpjpahang MENYANTUNI WARGA EMAS WARGA SWITZERLAND UNTUK URUSAN TUKAR HAKMILIK KENDERAAN #JPJMALAYSIA #jpjpahang #malaysiamadani #switzerland #pahang
Oleh kerana pergerakannya terbatas, JPJ Pahang tampil memberi khidmat masyarakat dengan hadir ke rumahnya untuk proses menukar hak milik.
“JPJ Pahang terus komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua.
“Kami datang bukan sekadar menjalankan tugas, tetapi membawa nilai kemanusiaan dalam setiap langkah,” kata JPJ Pahang.
Sementara itu isteri profesor pula memuji pihak JPJ kerana memudahkan urusan mereka.
“Terima kasih banyak kepada anda semua, memang mengagumkan. Sangat baik, mesra dan banyak membantu. Terima kasih JPJ!” katanya.