Warga Indonesia memberikan sambutan hangat kepada burger Malaysia yang dibuka di salah satu kawasan di Bandung baru-baru ini.

Akaun Tiktok iaitu Dr Perfume berkongsi video soft launch salah satu kedai yang menjual burger dari negara ini di Bandung.

Baca Juga:

Soft launch tersebut mendapat sambutan hangat dimana ramai warga Indonesia yang beratur sekaligus mahu mencuba keenakan burger yang dijual.

Sambutan Hangat Untuk Burger Malaysia Di Bandung

@dr.perfume0

Burger Malaysia soft opening pada tanggal 19 ogos 2025. doakan agar perniagaan ini akan terus maju jaya & sentiasa diberkati olehNya.. aamiin #fyp #burgermalaysia #burgerbandung

♬ Wow I love This – DeeDee Chipmunk

Dari segi bungkusan, kedai tersebut dilihat menjual salah satu burger terkenal dari Malaysia iaitu burger Ramly.

Salah seorang warga kemudiannya menulis komen dimana beliau menyambut baik kehadiran burger Malaysia di Indonesia.

“Saya pernah makan di Malaysia. Memang sedap rasa burger ni.

Burger Malaysia

“Kami menyambut dengan hati gembira kerana anda semua berniaga di Indonesia. Semoga perniagaan kamu semua laris dan berkah,” tulisnya.

Burger dari Malaysia terutamanya burger Ramly boleh dikira sebagai khazanah negara kerana sering menjadi kebanggaan rakyat tempatan di samping berjaya menembusi pasaran dunia.

Burger Malaysia
Sumber Gambar: Kumpulan Ramly

Baru-baru ini, seorang wanita dari China yang datang melawat ke Malaysia dan mahu mengetahui sejauh mana kehebatan burger jalanan tempatan yang sering digembar-gemburkan selama ini.

Dia telah membuat pesanan burger ayam Ramly double special yang disaluti telur padanya serta kentang goreng sebagai pelengkapnya.

Burger Malaysia

Sebaik menggigit beberapa kali, dia langsung berkata dengan jelas bahawa burger Ramly yang dipesan sungguh sedap.

Melihat dari raut wajahnya, dia sangat menikmati hidangan burger itu ditambah pula limpahan beberapa gabungan sos yang menambahkan lagi ‘kick’ pada rasanya.