Seorang lelaki membuat perkongsian tentang tabiat pendatang asing Rohingya yang suka meminta sedekah di kawasan perkuburan, terutama sekali pada Hari Raya.
Ada yang siap sedia dengan ‘cop’ kawasan siap siap untuk meminta sedekah.
Warga Rohingya tersebut terdiri daripada pelbagai lapisan umur termasuk kanak kanak.
Lelaki itu menulis: “Menziarah kubur arwah emak dan keluarga kami yang lain.
“Perangai-perangai orang meminta sedekah penuh kat kubur.
“Orang Rohingya. Menurut ayah saya, biasanya pada pagi Hari Raya, lagi penuh mereka meminta sedekah.
“Siap ‘cop spot’, letak kotak, letak kain macam berkelah, siap makan-makan. Warga asing memang tahu orang Melayu Islam ni suka sedekah dan mudah kena scam.
“Jadi mereka menunggu dekat Tanah Perkuburan Islam, Pulau Pinang.
“Apa semua ini? Baru sahaja gembira sebab kubur dan kawasan kubur bersih sangat.
Going to my late mom and family’s grave.
Perangai-perangai orang mintak sedekah penuh kat kubur.Orang Rohingya. My dad said, usually pagi raya lagi penuh mereka. Siap cop spot, letak kotak, letak kain macam berpicnic, siap makan-makan. Weyh, warga asing memang tahu orang… pic.twitter.com/NjGWnOF5Wz
— ًِ (@bckupacc99) March 20, 2026
Tindakan warga Rohingya yang menjadikan kawasan perkuburan sebagai tempat meminta sedekah beramai ramai telah mengundang kritikan netizen.
Mereka berharap pihak berkuasa segera mengambil tindakan. Kerana jika dibiarkan, perkara ini akan menjadi satu kebiasaan yang akan dibuat oleh pendatang asing ini.